Selasa, 30 November 2010


BAHASA MALAYSIA PMR & SPM
1.      Media massa pada hari ini mempengaruhi pembentukan sahsiah remaja. Huraikan pendapat anda tentang penyataan tersebut
2.      Masalah pengangguran dalam kalangan siswazah di negera kita semakin membimbangkan.  Jelaskan factor-faktor yang menyebabkan timbulnya masalah ini.
3.      Sekolah anda akan menganjurkan Minggu Cintai Alam Sekitar tidak lama lagi. Sebagai pengerusi program ini, anda diminta menyampaikan syarahan yang bertajuk “Kebersihan Alam Sekitar Tanggungjawab Semua” pada hari perasmian minggu tersebut.  Sediakan teks syarahan itu selengkapnya.
4.      Kejayaan seseorang pelajar dalam peperiksaan bergantung pada usaha dan kerajinannya.  Berikan pendapat anda.
5.      Semua rakyat Malaysia tanpa mengira kedudukan dalam masyarakat merupakan pengguna.  Pengguna mempunyai hak-hak tertentu.  Berikan pendapat anda tentang hak-hak pengguna.
6.      Sebagai pakar perubatan, anda diundang oleh persatuan penduduk untuk menyampaikan ceramah tentang langkah-langkah untuk mengelakkan keracunan makanan.  Sediakan teks ceramah itu selengkapnya.
7.      Anda mewakili sekolah dalam suatu pertandingan syarahan peringkat daerah.  Tajuk yang diberikan ialah “Hukuman Rotan Merupakan Langkah yang Berkesan untuk Mendisiplinkan Para Pelajar”.  Tuliskan teks syarahan itu selengkapnya.
8.      Nyatakan langkah-langkah yang patut diambil bagi meningkatkan mutu sukan bola sepak Negara.
9.      Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam bidang pendidikan banyak mendatangkan kebaikan kepada guru dan pelajar. 
 Nyatakan pendapat anda tentang perkara tersebut.
10.  Anda sebagai pihak pencadang dalam suatu pertandingan perbahasan yang bertajuk “Penglibatan Para Pelajar dalam Kegiatan Kokurikulum Banyak Mendatangkan Manfaat”.  Nyatakan hujah-hujah anda selengkapnya.
11.  Kawasan perumahan anda menghadapi masalah pembuangan sampah sarap.  Anda sebagai seorang penduduk yang bertanggungjawab telah membuat aduan berhubung dengan perkara ini kepada pihak yang berkenaan. 
Tulis surat itu selengkapnya.
12.  Sikap berdikari perlu diamalkan oleh setiap orang.  Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah mengamalkan sikap berdikari.
13.  Anda ingin menyertai pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh sebuah persatuan di sekolah.  Tajuk syarahan anda ialah “Kebaikan mempelajari lebih daripada satu bahasa”.  Tulis syarahan tersebut selengkapnya.
14.  Walaupun kerajaan telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membina perpustakaan awam di seluruh negara, masyarakat kurang mengunjungi tempat tersebut.  Nyatakan punca-punca perkara ini berlaku.
15.  Masalah kesesakan lalu lintas sering berlaku di bandar.  Hal ini harus diatasi dengan segera.  Bincangkan pernyataan ini.
16.  Segelintir anak berpendapat bahawa ibu bapa yang sudah tua sebagai beban sehingga ada antara mereka sanggup menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua-tua.  Kemukakan cara-cara untuk mengatasi masalah tersebut.
17.  Berdasarkan laporan, gejala buli di sekolah semakin meningkat.  Perkara ini membimbangkan banyak pihak.  Nyatakan sebab-sebab masalah tersebut.
18.  Kes ragut semakin berleluasa kini. Bincangkan sebab-sebab berlakunya kes ragut dan cara untuk mengatasinya.
19.  “Kemasukan pekerja asing ke negara kita lebih banyak mendatangkan keburukan”. Huraikan.
20.  Anda sebagai pengawai kesihatan yang diundang untuk menyampaikan syarahan tentang “Keburukan amalan merokok”.  Sediakan syarahan tersebut sepenuhnya.
21.  Kes ponteng sekolah dalam kalangan murid semakin menjadi-jadi.  Cadangkan cara-cara untuk mengatasi masalah ini daripada terus berleluasa.
22.  Dalam suatu majlis, anda sebagai pengerusi persatuan penduduk di tempat tinggal anda diminta menyampaikan ucapan.  Dalam ucapan itu, anda mencadangkan usaha-usaha untuk mempupuk semangat kejiranan.  Sediakan teks ucapan itu sepenuhnya.
23.  Kerosakan alam sekitar dikatakan banyak berpunca daripada perbuatan manusia.  Bincangkan pernyataan di atas.
24.  Keburukan pertambahan stesyen televisyen di negara ini.  Bincangkan pernyataan ini.
25.  Golongan nelayan memainkan peranan penting kepada negara kerana membantu menyumbangkan sumber protein kepada masyarakat melalui hasil tangkapan mereka.  Pada pendapat anda, bagaimanakah golongan nelayan dapat meningkatkan taraf hidup mereka.









zainuddinyazid@yahoo,com